Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Bendera petang semalam berjaya ditemui dan dibawa turun dengan selamat awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata semua mereka termasuk tiga warga emas itu berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada pukul 1.09 pagi dalam kawasan hutan Bukit Bendera.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.