Operasi membawa keluar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang disambung semula pukul 7 pagi ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata bot-bot bersama anggota penyelamat dan penyelam telah berada di lokasi penemuan kereta Mazda CX5 itu seawal 7 pagi bagi melihat keadaan di laut untuk proses membawa naik kenderaan berkenaan.



"Kerja-kerja mengangkat kereta itu dari dasar laut akan bermula pukul 9 pagi kerana pihak PLUS (Plus Malaysia Berhad) menasihatkan agar proses berkenaan bermula lewat sedikit bagi mengelakkan kesesakan di atas jambatan berikutan hari ini adalah hari bekerja.

 

22 Januari 2019