Mengenai MUTIARAfm


  • Sejarah MUTIARAfm

    LATAR BELAKANG SIARAN RADIO DI PULAU PINANG

    1934
    Siaran Radio di Pulau Pinang bermula melalui Pertubuhan “Penang Wireless Society”. Lesen pertama yang membenarkan Siaran Radio telah dikeluarkan pada 24 Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesen radio dan nama stesen ini ialah “ZHJ’. Siaran “ZHJ” dipancar melalui Gelombang Pendek 493 meter dari 7.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.

    1941 
    Apabila Jepun memasuki Malaya, Kelab C.R.C. di Jalan Burma telah dijadikan stesen Radio.

    1946
    Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang tetapi Siaran Warta Berita disambung dari Singapura.


    1948
    Radio Malaya
     berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop.

    1955
    Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.

    1961
    Radio Malaya mula berkhidmat di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini telah dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, Yang Mulia Raja Tun Uda pada 30 Oktober, 1965.

         

  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI
    Menyebarluas maklumat yang sahih, tepat dan mutakhir.

    MISI
    Organisasi Penyiaran Terulung dan Bertaraf Dunia yang menjunjung
    Gagasan 1Malaysia

    Objektif
    1. Menjadi peneraju negara bangsa menerusi perkhidmatan penyiaran berteraskan gagasan 1Malaysia.
    2. Memfaatkan teknologi maklumat dan media baharu untuk jangkauan khalayak yang maksimum.
    3. Memartabatkan Bahasa Melayu dalam membina negara bangsa.