i. Bahagian Rancangan Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan MUTIARAfm. Selain mengatur kandungan siaran MUTIARAfm, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio di MUTIARAfm.
ii. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran Pulau Pinang termasuk urusan pengangkutan.
iii. Bahagian Kejuruteraan Bahagian Kejuruteraan dianggotai oleh 1 orang Jurutera J41 untuk menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya apabila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi".